Wednesday, September 7, 2011

Tips Membeli/Memastikan anda tidak terbeli Blackberry palsu/recon

p/s: For newbies, Device/Handheld adalah nama panggilan untuk handset anda :p

Mula2, periksa DEVICE GENERAL INFORMATION


Dekat Home Screen, tekan


alt + shift + H


Dan skrin sebegini akan terpapar (berbeza mengikut model tapi seharusnya mengandungi maklumat yang sama)






PIN anda akan terpapar. Tapi sekiranya di ruangan PIN tertulis Suspended, itu beerti device tersebut adalah device yang dilaporkan sebagai dicuri. Jangan beli Blackberry tersebut!


Sekiranya anda tidak mendapat skrin sebegini, Blackberry anda adalah palsu! Jangan beli Blackberry tersebut!




Untuk memeriksa samaada device anda adalah baru ataupun set used atau recon (baikpulih dan dijual sebagai set baru)

Pergi ke Options > Status > Type: BUYR [untuk keypad QWERTY] - BB Bold, Curve etc

atau

Options > Status > Type: BUZR [untuk keypad QWERTZ] - BB Pearl etc


akan dapat skrin sebegini






Ini adalah contoh device yang baru (belum pernah digunakan)


Kadang2 anda akan menemui device yang ada sedikit penggunaan data/voice. Ini mungkin kerana device anda pernah digunakan untuk testing purposes. Kalau nilai penggunaan tu kecik je, boleh diabaikan.


Tapi...






Kalau jumlah penggunaan data dan voice agak tinggi seperti ini, device tersebut adalah used/recon set.




Untuk memeriksa samaada set anda adalah locked set atau tidak, pergi ke Options > Advanced Options > SIM CARD > Type: MEPD


Anda akan dapat skrin sebegini






Ini beerti device anda adalah fully unlocked, dan boleh digunakan bersama mana2 simkad


Tetapi sekiranya anda mendapat skrin sebegini






Ini bermakna set anda adalah locked set dan hanya boleh digunakan bersama simkad pengeluarnya sahaja.


Semua telco di Malaysia menjual BB yang telah diunlock. So, tak ada masalah untuk anda membeli dari mana2 telco dan bebas menggunakannya dengan mana-mana simkad di Malaysia.


Sekian. Harap mereka yang arif boleh membetulkan sekiranya saya ada membuat kesilapan

2 comments:

  1. Mana begini nya? Xde gamba pun

    ReplyDelete
  2. sorry.... saya tak expert bab2 nak blogging nie...

    ReplyDelete