Monday, April 18, 2011

Senario Politik Sarawak Pasca- Pengundian

Salam,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pilihanraya DUN Sarawak yang ke-10 selamat diadakan pada 16 April yang lalu.

Kemampuan BN mengekalkan kedudukannya walaupun hanya 2/3 majoriti tetapi ini membuktikan bahawasanya rakyat masih memerlukan kerajaan yang kukuh dan mampu untuk memberikan pembangunan bukan sahaja pada infrastruktur malahan pembangunan ekonomi.

Malangnya beberapa kerusi-kerusi panas yang cuba di tawan semula oleh BN masih gagal di tawan. Kerusi-kerusi panas tersebut yang kebanyakkannya adalah di kawasan urban/bandar utama terus di tawan oleh DAP. Manifestasi daripada kekalahan BN ini adalah satu indikator bahawa pengundi-pengundi cina meletakkan harapan dan kepercayaan mereka kepada DAP dalam melestarikan pembangunan sosio-ekonomi yang lebih mantap.

Manakala senario di kawasan-kawasan luar bandar khususnya bandar-bandar bukan urban meletakkan kepercayaan mereka terhadap BN untuk terus menjadi wakil mereka dalam DUN sarawak. Setelah sekian lama BN menjadi wakil mereka, dan mereka sedar akan keperluan mereka untuk terus mengundi BN.

Apa yang di harapkan oleh pengundi yang telah memilih BN sebagai kerajaan adalah menunaikan segala janji-janji semasa berkempen. Saya amat berharap pada dasarnya kerajaan BN yang telah di berikan kepercayaan rakyat kali ini perlulah memberikan keutamaan kepada projek-projek menyediakan kemudahan asas yang paling utama iaitu bekalan air bersih, bekalan elektrik, sekolah-sekolah, pembangunan ekonomi dan rangkaian jalan raya.
Analisis Saya ini adalah hasil pemerhatian saya sepanjang proses berkempen dan pengumuman keputusan pilihanraya. Tahniah buat BN yang masih mendapat kepercayaan rakyat untuk terus membangunkan dan membantu rakyat dalam aspek ekonomi, pembangunan, dan sosial.

Wassalam
zulkiplyjoharis
18 April 2011
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment