Wednesday, April 13, 2011

Sarawak Punyai KDNK Ke-3 Terbesar Di Malaysia

KUCHING, 13 April (Bernama) — Sarawak mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada transformasi pendapatan tinggi Malaysia kerana negeri itu merupakan yang kedua terkaya daripada segi pendapatan per kapita dan ketiga
terbesar dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), demikian menurut seorang penganalisis kanan agensi penarafan di Kuala Lumpur.

"Dengan kurnian kekayaan sumber asli yang luas dalam tanah, perhutanan, pelancongan serta sumber tenaga diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui, Sarawak berada dalam kedudukan baik untuk menerajui pertumbuhan mampan dan
seimbang di semua sektor, khususnya pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan, Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Bernama.

Pada 2009, Sarawak adalah negeri ketiga dalam KDNK pada 9.9 peratus selepas Selangor (23.3 peratus) dan Kuala Lumpur (15.6 peratus). Saiz KDNK Sarawak juga lebih tinggi dari Johor (9.7 peratus), Pulau Pinang (8.5 peratus) dan Kelantan
(1.9 peratus).

Daripada segi pendapatan per kapita, Sarawak menjadi negeri kedua terkaya iaitu RM30,318 selepas Kuala Lumpur (RM51,197). Bumi Kenyalang juga mendahului Pulau Pinang (RM29,569) dan Selangor (RM27,609).

Berdasarkan angka itu, ia jelas menunjukkan bahawa Sarawak memainkan peranan penting dalam memastikan kisah kejayaan transformasi Malaysia dan yang demikian, kerajaan telah memberi tumpuan dan berusaha gigih membangunkan negeri itu.

Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan kesungguhan membantu Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar bagi memastikan Sarawak tidak ketinggalan di belakang. Pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Datuk
Seri Idris Jala sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggambarkan niat ikhlas kerajaan.

Idris Jala, daripada suku kaum Kelabit yang berasal dari tanah tinggi Bario di utara Sarawak, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan bagi mengawal selia perubahan pengurusan prestasi kerajaan.

Kedua-dua kerajaan telah membawa pelbagai kemajuan kepada rakyat Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar khususnya di kawasan luar bandar daripada segi kemudahan asas, bekalan elektrik dan air bersih, dan kadar kemiskinan
berkurangan tiga peratus daripada 60 peratus pada 20 tahun lepas.

Bagi memastikan Sarawak bergerak seiring dengan wawasan negara ke arah Wawasan 2020, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak dilaksanakan sebagai satu projek berimpak tinggi.

Sebagai satu daripada wilayah pembangunan yang dilaksanakan di seluruh negara, SCORE merupakan satu koridor pembangunan di wilayah tengah Sarawak, yang dilancarkan pada 11 Feb 2008. Koridor ini bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi Sarawak serta mempertingkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat Sarawak.

SCORE menggambarkan akan kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk mentransformasikan Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 daripada segi per kapita KDNK, peluang pekerjaan dan pertumbuhan
KDNK.

SCORE yang akan direalisasikan sepenuhnya pada 2030, ia dijangka dapat mempertingkatkan KDNK negeri itu lima kali ganda dan diunjurkan berkembang daripada RM23 bilion pada 2006 kepada RM118 bilion pada 2030.

Sebagai tambahan, pendapatan per kapita KDNK akan meningkat daripada RM23,193 kepada RM84,077 manakala bilangan peluang pekerjaan bertambah daripada 900,000 kepada 2.5 juta bagi tempoh sama.

Selain pertumbuhan ekonomi, Sarawak akan menyaksikan pembangunan pesat dalam infrastruktur seperti jalan raya dan prasarana awam, tambahan pula pelaksanaan SCORE akan menarik pelaburan ke Bumi Kenyalang selepas menerima jaminan
pelaburan RM13 bilion.

Semua usaha yang dilaksanakan kerajaan bersama dengan kerajaan negeri bukan hanya membawa kemakmuran kepada Sarawak, tetapi juga pada masa sama generasi muda akan mempunyai peluang pendidikan berkualiti tinggi.

Pendidikan adalah satu segmen penting bagi memastikan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan SCORE, yang akan membawa kemajuan dan kualiti kehidupan lebih baik bagi penduduk Sarawak.

Beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan yang telah diwujudkan menunjukkan pendidikan menjadi keutamaan penting Sarawak dalam mempromosikan wawasan bagi merealisasikan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Antara institusi pengajian tinggi itu adalah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR), Swinburne Institute of Technology University (kampus induk di Melbourne,
Australia), Curtin University, Miri (kampus induk di Perth, Australia) dan Universiti Putra Malaysia, Bintulu.

Inisiatif pendidikan lebih baik akan melengkapkan kawasan luar bandar dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan kemahiran baru mereka di kampung dan memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat seperti di Baram, Ulu Lawas,
Belaga dan kawasan luar bandar di mana kebanyakan mereka terpinggir daripada pembangunan arus perdana.

Wawasan dan objektif kerajaan Sarawak ke arah mentransformasikan Bumi Kenyalang menjadi negeri maju menjelang 2030 adalah satu perancangan yang dinyatakan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bertema "Jaminkan Masa Hadapan
Anda Dengan BN" bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada Sabtu ini (16 April).

Sembilan teras yang ditekankan dalam manifesto jelas menunjukkan kerajaan Sarawak serius dan komited untuk membantu penduduk Sarawak.

Satu wawasan berani adalah untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi sebuah negeri terkaya di Malaysia.

Teras utama lain adalah memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik; memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum; menyediakan peluang pekerjaan untuk semua; menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua; menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak; menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara; meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik; dan memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.
– BERNAMA- Sarawak Update
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment