Monday, April 11, 2011

Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ini adalah berita yang baru diterima - juruterbang yang membawa helikopter yang terhempas di Sibu pada tengah hari Isnin, disahkan meninggal dunia.

Juruterbang Sahimi Ghazali telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi.

Sebelum kejadian, Allahyarham telah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari, Isnin.

Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, beliau telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan segera.

Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkejar ke hospital untuk menziarahi Sahimi sebaik sahaja mendapat tahu akan kemalangan tersebut.

Beliau telah ditugaskan membawa staf pejabat menteri dalam lawatan ke Sibu.

Sumber: Berita Harian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment