Thursday, April 14, 2011

IGP: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

UPDATED @ 05:34:07 14-04-2011

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut "Datuk T" adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis," kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks."

Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sumber: The Malaysian Insider
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment