Saturday, November 13, 2010

Mahasiswa UM setuju pendidikan seks tidak dilaksanakan sebagai pendidikan khas

Mahasiswa UM Setuju Pendidikan Seks Tidak Dilaksanakan Sebagai Pendidikan Khas

⁠Saturday, November 13, 2010⁠ ​ ⁠⁠ ⁠Tweet⁠

Share


"Saya sangat bersetuju mata pelajaran pendidikan seks tidak diajar di sekolah sebagai pendidikan khas" ulas Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM (PMAPIUM), Saudara Mohd Syahid bin Mohd Zaini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak melaksanakan pendidikan seks di sekolah.


Namun, beliau yang juga Exco MPMUM Sesi 2009/2010 berasa kesal apabila silibus pendidikan Islam dalam pendidikan sekarang tidak mampu melahirkan manusia yang berkualiti seperti yang dikehendaki Islam.

"Yang dikesalkan, silibus Pengajian Islam di sekolah-sekolah masih tidak mampu untuk memahirkan para pelajar mengenai perkara yang berkaitan dengan rukun Islam seperti solat, zakat, puasa, haji serta amalan lain seperti membaca al Qur'an, menutup aurat dan lain-lain lagi."

Beliau berpendapat hanya penerapan ajaran dan pendidikan Islam secara komprehensif dalam sistem pendidikan di sekolah mampu membendung gejala maksiat dan zina.

Manakala Bendahari PMAPIUM, saudara Muhammad Rusydan mengatakan "Subjek khas pendidikan seks tidak mampu menyelesaikan masalah gejala sosial yang berlaku. Pendidikan seks hanya mengenalkan remaja tentang persoalan seks dan masalahnya sahaja. Namun tidak dapat memahamkan persoalan hukum berkaitan dengan seks"

" Kebanyakan kes yang berlaku seperti zina dan pergaulan bebas adalah berpunca dari kejahilan mereka terhadap agama seperti hukum halal dan haram.Remaja sekarang menganggap persoalan aurat dan pergaulan bebas adalah perkara remeh dan tidak penting" menurutnya lagi.

Mohd Rusydan

Manakala Nur Dalilah binti Mokhtar, wakil mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM "Saya setuju dengan keputusan kementerian untuk tidak melaksanakannya. Ia disebabkan acuan kita tidak sama dengan acuan sekular Barat kerana sistem nilai yang berbeza. Pendidikan seks dalam konteks masyarakat kita, khususnya umat Islam wajib bertunjangkan sistem nilai, moraliti dan akhlak Islam"

Beliau berkata teknik pengajaran serta intipati pembelajaran untuk memberi panduan safe sex adalah berbeza dengan matlamat untuk melahirkan insan yang soleh dan seimbang.

Ihsan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment