Friday, August 6, 2010

SEKOLAH PELAJAR HAMIL- Fikirkan Semula Jika Hendak Melaksanakannya

Salam saudara/saudari,

1. Kerajaan negeri Melaka membuka sekolah pelajar hamil. Wow... Satu tindakan berani dan kesannya suatu masa nanti yakinlah bertambah teruk masalah di kalangan remaja.

2. Remaja yang mengandung luar nikah senanglah selepas ini kerana jika keluarga tidak menerima mereka. Sudah ada tempat yang sedia menerima mereka. Ada bagusnya pasal kemungkinan kita dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi di kalangan remaja yang mengandung tanpa nikah.

3. Namun kesan jangka panjang pula, kita kuatir dengan adanya kemudahan dan jaminan sebegini, remaja akan lebih aktif soal sex. Mereka dah tak perlu bimbang ke mana hendak pergi jika perut dah bunting. Jika keluarga tidak mahu menerima kerana malu dan mencalar arang di muka ibubapa, maka semua tanggungjawab diserah terus kepada sekolah pelajar hamil ini.

4. Lepas itu, kadar kelahiran anak luar nikah tidak mustahil bertambah dari tahun ke tahun. Kesannya akan kita terima terutamanya laknat daripada Tuhan sebabnya tidak mencegah.

5. Rasanya perlulah dikaji semula cadangan ini. Ini bukannya menidakkan hak kaum wanita tetapi wujudkan rasa tanggungjawab dalam diri atas perbuatan yang telah dilakukan. Berfikir panjang dan mendalam sebab dan akibat yang bakal ditanggung selepas melakukan perbuatan tersebut.

6. Saya hanyalah menyuarakan pendapat saya berkenaan perkara ini dan inginkan pendapat orang lain mengenai perkara ini. Wajar kita meneliti perkara ini dengan mengadakan muzakarah dengan mufti-mufti serta para cendiakawan berkenaan cara dan kaedah terbaik menangani perkara ini. Ada kaedah yang terbaik dapat di hasilkan lahir daripada muzakarah dan perbincangan.

Wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. saya sangat tidak setuju dengan pernyataan ini..memang pada rasional nya penubuhan sekolah untuk mengelakkan pembuangan bayi..namun tidak kh pd jangka pjg nya nnt kadar kelahiran anak luar nikah semakin bertambah...

    ReplyDelete
  2. saudara/saudari Anonymous,
    statistik terkini berkenaan kelahiran anak luar nikah:
    seorang bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit di Malaysia; 80 000 anak luar nikah dilahirkan sebulan dan 250 000 anak luar nikah setahun. satu rekod yang bakal menghancurkan negara kelak

    Ada mekanisma yang terbaik selain penubuhan sekolah ini kerana seolah-olah akan menggalakkan lebih ramai remaja mengandung luar nikah.

    sebabnya jika ibubapa mereka tidak mahu menerima keadaan mereka yang mengandung tanpa nikah, maka mereka akan ke sekolah terebut. oleh itu, pada pemikiran mereka. Tidak perlu risau kalau mereka mengandung kerana sudah tersedia kemudahan untuk mereka.

    cukuplah penubuhan pusat pemulihan akhlak agar kita dapat mengurangkan kelahiran anak luar nikah yang statistiknya amat tinggi.

    wassalam,terima kasih atas pandangan saudara/saudari

    ReplyDelete