Wednesday, August 4, 2010

Sambal Nasi Lemak Dalam Daun Pisang

Salam saudara/saudari,

1. Doktrin 1Malaysia yg dibangga-banggakan tidak berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk malaysia? Betul ke? Apa pun itulah khabar yang aku terima beberapa hari yang lepas melalui Twitter.

2. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan ditetapkan pada 10 Oktober 2010. Mudah-mudahan 11 Oktober 2010 puasa. Tak sabar nak berpuasa dan harap puasa kali ini dapat dijalankan dengan baik dan bertambah baik daripada sebelumnya.

3. Buat kawan-kawan, berpuasa dirumah masing-masinglah kita. Sebelum ini, sahur dan berbuka bersama-sama di kampus. Rindu saat-saat itu. Bersahur dgn roti, maggie mee, kadang-kadang ja masak. Terlewat bangun sahur, semua dok tido mati, haha... Masa berbuka, sewa keta pergi bazaar ramadan. Beli itu-ini. Sampai kat rumah, atas meja penuh dengan lauk pauk, kuih macam-macam lagi. Aku lah yang membazir, beli macam-macam pastu tak habis. Rindu dengan nasi briyani puasa kali ini. Mana nak cari???

4. Bulan Ogos ini kepada mereka yang menyambut hari lahir, Selamat Hari Lahir. Semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Wish your birthday through FB yup. Nak bagi hadiah segala, aduiii tak dapat cuma doa yang dapat diberikan.

5. Sekarang tak aktif sangat online. Jadi online guna phone saja. Kadang-kadang saja online. Itu pun sekejap-sekejap saja. Apa pun jika ada sebarang pertanyaan, maklumat, perkongsian dan apa-apa saja email, FB, twitter dan sms saja. Apa yang saya boleh bantu, saya usahakan dan jika tak dapat pun say boleh syorkan jalan penyelesaian.

6. Itulah untuk edisi kali ini. Nak ucap SELAMAT BERPUASA kepada muslimin dan muslimat. Moga-moga puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Tak puasa, tak boleh raya haha...

Wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment