Tuesday, August 24, 2010

Ramadan, Merdeka ke-53, tuduhan wahabi dan perpaduan antara kaum

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Ramadan sudah masuk ke fasa ke-2 dimana kita mengharapkan pengampunan daripada dosa-dosa yang sudah. Ini adalah bonus yang Allah swt berikan kepada kita lebih-lebih lagi di bulan yang penuh baraqah ini.

2. Tinggal beberapa hari lagi negara kita MALAYSIA akan menyambut hari kebangsaan ke-53. Namun sambutan daripada rakyat jelata kurang. Di kampung saya pun hanya beberapa buah rumah yang kibarkan jalur gemilang. Mungkin sekarang bulan puasa, jadi semua sibuk dengan ibadah, mencari nafkah/perbelanjaan untuk menyambut raya. Manusia dilanda kesibukan amat sangat memenuhi keperluan menyambut hari raya.

3. Saya terkejut juga pabila saya dilabelkan sebagai seorang yang berfahaman Wahabi. Entahlah kenapa? Adakah disebabkan penulisan saya? Adakah cara hidup yang saya jalani ini mencerminkan ciri-ciri wahabi dalam diri saya. Saya berpegang kepada al-quran dan sunnah disamping mengikut mazhab syafie. Apa pun itu adalah pendapat peribadi terhadap diri saya. Hanya Allah tahu segalanya.

4. Cadangan ketua polis selangor untuk mewujudkan satu tabung DNA yang bertujuan mengenalpasti empunya anak yang baru dilahirkan bagi mengatasi masalah pembuangan bayi yang kian menjadi kini. Saya berpendapat, cadangan ini perlu penelitian dan segera dilaksanakan. Kerana kebimbangan masyarakat terhadap pembuangan bayi yang cukup kritikal.

5. Soal perpaduan perlu diberikan perhatian sewajarnya daripada semua pihak. Perpaduan antara kaum perlu dipupuk disekolah lagi. Perlu kita merangka satu silibus dan rangka kerja penyatuan kaum sejajar dengan peredaran zaman. Anak-anak perlu dididik dan mempelajari adat, hak dan menghormati sensitivi sesama kaum disamping membentuk satu intiti kaum atau bangsa malaysia. Bangsa Malaysia yang hendak dibentuk berteraskan kepada rasa hormat-menghormati antara kaum dan memahami sensitivi kaum dan agama.

6. Itulah coretan dan celoteh untuk blog kali ini. Banyak isu yang sememangnya sensitive dan rakyat perlu bijak menilai dan tidak bertindak tanpa berfikir serta memahami sesuatu isu dengan mendalam. Janganlah memarakkan api perkauman yang akan menjejaskan pembentukan bangsa malaysia.

Wassalam.

zulkiplyjoharis
14 ramadan 1431
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment