Tuesday, August 10, 2010

Perkahwinan Usia Muda Banyak Mendatangkan Musibah

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Ingin mengucapkan rasa berterima kasih atas respond berkenaan sekolah pelajar hamil samaada melalui Facebook, sms dan juga email. Rata-rata bukan saya seorang sahaja yang tidak mempersetujui cadangan dan gesaan menubuhkan sekolah sebegini.

2. Cadangan supaya usia dibawah 18 tahun boleh berkahwin juga bukan langkah terbaik dalam membendung masalah pembuangan bayi dan mengandung tanpa ikatan yang sah. Satu fenomena yang boleh di jangkakan bakal dan akan berlaku di mana perkahwinan pada usia remaja malahan atas dasar cinta semata-mata memberikan impak terhadap kehidupan anak-anak. Sebabnya perkahwinan pada usia yang muda tidak pasti berkekalan kerana rasa tanggungjawab dan peranan seorang ayah dan ibu yang masih gagal di fahami oleh golongan ibubapa muda ini.

3.Kes penceraian yang berlaku pada masa kini pula majoritinya menunjukkan pasangan suami-isteri yang berumur dalam lingkungan 20 tahun adalah satu fenomena negatif terhadap pembentukkan institusi kekeluargaan. Kesan yang paling nyata adalah terhadap anak-anak. Anak-anak pada hakikatnya tidak memahami pergolakan yang berlaku ke atas ibubapanya tetapi ianya sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negatif terhadap perhubungan suami dan isteri.

4. Anak-anak yang melalui keruntuhan kekeluargaan di mana perpisahan kedua ibubapa akan menghadapi satu stigma. Kesannya anak-anak yang tidak di didik oleh didikan daripada ibu dan bapa menjadi liar. Maka tidak mustahil anak-anak ini cuba mencarikan kebahagian di luar rumah. Contohnya dengan kawan-kawan.

5. Perkara ini amatlah penting untuk di amati semula dan semua pihak berperanan dalam memastikan tidak ada penubuhan sekolah sebegini di dalam negara kita. Janganlah kita semua di timpa azab Tuhan dengan menggalakkan perbuatan zina dan mengandung anak luar nikah. Sama-samalah kita musahabah diri kita dan keluarga kita.

Wassalam
zulkiplyjoharis@zulkiplyjoharis@gmail.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment