Tuesday, August 17, 2010

Liku kehidupan yang kita lalui dalam bulan ramadhan

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Salam Ramadhan. Dah seminggu berada di bulan ramadhan al-mubarak. Harap semua berjaya memenuhkan bilangan hari berpuasa tanpa terkurang satu pun. Tarawih pula, ada yang pergi dan ada yang tidak. Maaf aku tak pergi lagi. Bila dah berbuka, jadi malas nak ke mana-mana. Solat di rumah.

2. Tinggal beberapa minggu lagi seluruh muslimin dan muslimat menyambut aidilfitri. Yang pelik dan hairan, baru 2 hari puasa dah ada yang main mercun, bunga apa dan tidak terkecuali meriam buluh. Budak-budak yang gembira bila bulan puasa padahal mereka tidak berpuasa pun. Tidak terkecuali juga orang dewasa yang berperangai kebudak-budakan ada juga bermain mercun dan meriam buluh. Apa pasal lah, sepatut jadi role model baik kepada kanak-kanak tapi sebaliknya pula.

3. Ada ura-ura atau khabar angin berkenaan tindakan undang-undang terhadap ibubapa durjana yang membuang anak. Maaf kasar tapi itulah gelaran terbaik untuk manusia yang paling hina di muka bumi ini iaitu ibubapa durjana yang membuang anak yang tidak berdosa. Al-Fatihan untuk anak-anak yang menjadi mangsa ibubapa durjana ini. Kembalilah kita semula kepada Islam, kalau kita masih mengingkari-Nya. Masya-Allah azam Allah turun bukan kepada mereka yang berbuat zalim sahaja tetapi sapu habis, semua kena.

4. Hah, sejak berjinak-jinak dengan twitter ini menjadi minat baru dah. Facebook macam dah sikit boring dan beralih kepada twitter pula. Sesiapa yang ada twitter, jemputlah add saya @zulkiplyjoharis. Memang banyak maklumat, berita terkini dan macam-macam ada yang boleh kita gunakan untuk menambah pengetahuan am kita. Ada yang tidak elok dan ada yang elok. Ambil yang jernih buang yang keruh.

5.apa pun tingkatkan amalan dan ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini seolah ini adalah ramadhan kita yang terakhir.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa (sungkei)

Wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment