Tuesday, August 24, 2010

Ramadan, Merdeka ke-53, tuduhan wahabi dan perpaduan antara kaum

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Ramadan sudah masuk ke fasa ke-2 dimana kita mengharapkan pengampunan daripada dosa-dosa yang sudah. Ini adalah bonus yang Allah swt berikan kepada kita lebih-lebih lagi di bulan yang penuh baraqah ini.

2. Tinggal beberapa hari lagi negara kita MALAYSIA akan menyambut hari kebangsaan ke-53. Namun sambutan daripada rakyat jelata kurang. Di kampung saya pun hanya beberapa buah rumah yang kibarkan jalur gemilang. Mungkin sekarang bulan puasa, jadi semua sibuk dengan ibadah, mencari nafkah/perbelanjaan untuk menyambut raya. Manusia dilanda kesibukan amat sangat memenuhi keperluan menyambut hari raya.

3. Saya terkejut juga pabila saya dilabelkan sebagai seorang yang berfahaman Wahabi. Entahlah kenapa? Adakah disebabkan penulisan saya? Adakah cara hidup yang saya jalani ini mencerminkan ciri-ciri wahabi dalam diri saya. Saya berpegang kepada al-quran dan sunnah disamping mengikut mazhab syafie. Apa pun itu adalah pendapat peribadi terhadap diri saya. Hanya Allah tahu segalanya.

4. Cadangan ketua polis selangor untuk mewujudkan satu tabung DNA yang bertujuan mengenalpasti empunya anak yang baru dilahirkan bagi mengatasi masalah pembuangan bayi yang kian menjadi kini. Saya berpendapat, cadangan ini perlu penelitian dan segera dilaksanakan. Kerana kebimbangan masyarakat terhadap pembuangan bayi yang cukup kritikal.

5. Soal perpaduan perlu diberikan perhatian sewajarnya daripada semua pihak. Perpaduan antara kaum perlu dipupuk disekolah lagi. Perlu kita merangka satu silibus dan rangka kerja penyatuan kaum sejajar dengan peredaran zaman. Anak-anak perlu dididik dan mempelajari adat, hak dan menghormati sensitivi sesama kaum disamping membentuk satu intiti kaum atau bangsa malaysia. Bangsa Malaysia yang hendak dibentuk berteraskan kepada rasa hormat-menghormati antara kaum dan memahami sensitivi kaum dan agama.

6. Itulah coretan dan celoteh untuk blog kali ini. Banyak isu yang sememangnya sensitive dan rakyat perlu bijak menilai dan tidak bertindak tanpa berfikir serta memahami sesuatu isu dengan mendalam. Janganlah memarakkan api perkauman yang akan menjejaskan pembentukan bangsa malaysia.

Wassalam.

zulkiplyjoharis
14 ramadan 1431
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 20, 2010

Perginya Sahabat Menghadap Allah swt Buat Selama-lamanya. Al-Fatihah Buat Arwah Khairina Badron

Assalamualaikum saudara/saudari,

Innalillah- wainnalillah- hirajiun. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Dengan rasa sedih dan terkejut mendengar berita pemergian buat selama-lamanya sahabat yang saya kenal semasa di kampus, arwah Khairina Badron yang telah di jemput oleh Allah terlebih dahulu daripada kami semua. Di jemput untuk kembali kepada pencipta Allah swt.

Bagaikan mimpi sahaja apabila mendapat berita ini. Mengimbas kembali memori dan kenangan bersama-sama di kampus menambahkan sebak didada. Saat balik dari kuliah dan menjamu selera di medan selera sambil gelak-gembira.

Arwah yang saya kenal memang seorang yang suka tersenyum. Suka membuat lawak jenaka menghiburkan hati sahabat-sahabat yang lain. Mudah berkawan dan seorang sahabat yang amat memahami.

Buat sahabat-sahabat sekalian, kita hendaklah meredhakan pemergian arwah buat selama-lamanya. Sedekahkan Al-Fatihah dan surah Yasin buat arwah semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 17, 2010

Liku kehidupan yang kita lalui dalam bulan ramadhan

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Salam Ramadhan. Dah seminggu berada di bulan ramadhan al-mubarak. Harap semua berjaya memenuhkan bilangan hari berpuasa tanpa terkurang satu pun. Tarawih pula, ada yang pergi dan ada yang tidak. Maaf aku tak pergi lagi. Bila dah berbuka, jadi malas nak ke mana-mana. Solat di rumah.

2. Tinggal beberapa minggu lagi seluruh muslimin dan muslimat menyambut aidilfitri. Yang pelik dan hairan, baru 2 hari puasa dah ada yang main mercun, bunga apa dan tidak terkecuali meriam buluh. Budak-budak yang gembira bila bulan puasa padahal mereka tidak berpuasa pun. Tidak terkecuali juga orang dewasa yang berperangai kebudak-budakan ada juga bermain mercun dan meriam buluh. Apa pasal lah, sepatut jadi role model baik kepada kanak-kanak tapi sebaliknya pula.

3. Ada ura-ura atau khabar angin berkenaan tindakan undang-undang terhadap ibubapa durjana yang membuang anak. Maaf kasar tapi itulah gelaran terbaik untuk manusia yang paling hina di muka bumi ini iaitu ibubapa durjana yang membuang anak yang tidak berdosa. Al-Fatihan untuk anak-anak yang menjadi mangsa ibubapa durjana ini. Kembalilah kita semula kepada Islam, kalau kita masih mengingkari-Nya. Masya-Allah azam Allah turun bukan kepada mereka yang berbuat zalim sahaja tetapi sapu habis, semua kena.

4. Hah, sejak berjinak-jinak dengan twitter ini menjadi minat baru dah. Facebook macam dah sikit boring dan beralih kepada twitter pula. Sesiapa yang ada twitter, jemputlah add saya @zulkiplyjoharis. Memang banyak maklumat, berita terkini dan macam-macam ada yang boleh kita gunakan untuk menambah pengetahuan am kita. Ada yang tidak elok dan ada yang elok. Ambil yang jernih buang yang keruh.

5.apa pun tingkatkan amalan dan ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini seolah ini adalah ramadhan kita yang terakhir.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa (sungkei)

Wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 13, 2010

Tazkirah Ramadhan:50 Amalan Terbaik Dalam Hidup

Assalamualaikum Saudara/saudari,

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya.
Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ? Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) -Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) -Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) -bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Wassalam,
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 12, 2010

You may know someone that could appreciate this poem

Salam saudara/saudari,

Just for fun, enjoy it.

You may know someone that could appreciate this poem    


Poems written by WIFE and HUSBAND.


WIFE:
I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away. Then
I wrote your name on my heart & I got Heart Attack..

HUSBAND:
God saw me hungry, he created pizza.
He saw me thirsty, he created Pepsi.
He saw me in dark, he created light.
He saw me without problems, he created YOU.

WIFE:
Twinkle twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.

HUSBAND:
The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?

WIFE:
Roses are red; Violets are blue
Monkeys like u should be kept in zoo.
Don't feel so angry you will find me there too


Not in cage but laughing at you. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 10, 2010

Perkahwinan Usia Muda Banyak Mendatangkan Musibah

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Ingin mengucapkan rasa berterima kasih atas respond berkenaan sekolah pelajar hamil samaada melalui Facebook, sms dan juga email. Rata-rata bukan saya seorang sahaja yang tidak mempersetujui cadangan dan gesaan menubuhkan sekolah sebegini.

2. Cadangan supaya usia dibawah 18 tahun boleh berkahwin juga bukan langkah terbaik dalam membendung masalah pembuangan bayi dan mengandung tanpa ikatan yang sah. Satu fenomena yang boleh di jangkakan bakal dan akan berlaku di mana perkahwinan pada usia remaja malahan atas dasar cinta semata-mata memberikan impak terhadap kehidupan anak-anak. Sebabnya perkahwinan pada usia yang muda tidak pasti berkekalan kerana rasa tanggungjawab dan peranan seorang ayah dan ibu yang masih gagal di fahami oleh golongan ibubapa muda ini.

3.Kes penceraian yang berlaku pada masa kini pula majoritinya menunjukkan pasangan suami-isteri yang berumur dalam lingkungan 20 tahun adalah satu fenomena negatif terhadap pembentukkan institusi kekeluargaan. Kesan yang paling nyata adalah terhadap anak-anak. Anak-anak pada hakikatnya tidak memahami pergolakan yang berlaku ke atas ibubapanya tetapi ianya sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negatif terhadap perhubungan suami dan isteri.

4. Anak-anak yang melalui keruntuhan kekeluargaan di mana perpisahan kedua ibubapa akan menghadapi satu stigma. Kesannya anak-anak yang tidak di didik oleh didikan daripada ibu dan bapa menjadi liar. Maka tidak mustahil anak-anak ini cuba mencarikan kebahagian di luar rumah. Contohnya dengan kawan-kawan.

5. Perkara ini amatlah penting untuk di amati semula dan semua pihak berperanan dalam memastikan tidak ada penubuhan sekolah sebegini di dalam negara kita. Janganlah kita semua di timpa azab Tuhan dengan menggalakkan perbuatan zina dan mengandung anak luar nikah. Sama-samalah kita musahabah diri kita dan keluarga kita.

Wassalam
zulkiplyjoharis@zulkiplyjoharis@gmail.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Perkahwinan Usia Muda Banyak Mendatangkan Musibah

Assalamualaikum saudara/saudari,

1. Ingin mengucapkan rasa berterima kasih atas respond berkenaan sekolah pelajar hamil samaada melalui Facebook, sms dan juga email. Rata-rata bukan saya seorang sahaja yang tidak mempersetujui cadangan dan gesaan menubuhkan sekolah sebegini.

2. Cadangan supaya usia dibawah 18 tahun boleh berkahwin juga bukan langkah terbaik dalam membendung masalah pembuangan bayi dan mengandung tanpa ikatan yang sah. Satu fenomena yang boleh di jangkakan bakal dan akan berlaku di mana perkahwinan pada usia remaja malahan atas dasar cinta semata-mata memberikan impak terhadap kehidupan anak-anak. Sebabnya perkahwinan pada usia yang muda tidak pasti berkekalan kerana rasa tanggungjawab dan peranan seorang ayah dan ibu yang masih gagal di fahami oleh golongan ibubapa muda ini.

3.Kes penceraian yang berlaku pada masa kini pula majoritinya menunjukkan pasangan suami-isteri yang berumur dalam lingkungan 20 tahun adalah satu fenomena negatif terhadap pembentukkan institusi kekeluargaan. Kesan yang paling nyata adalah terhadap anak-anak. Anak-anak pada hakikatnya tidak memahami pergolakan yang berlaku ke atas ibubapanya tetapi ianya sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negatif terhadap perhubungan suami dan isteri.

4. Anak-anak yang melalui keruntuhan kekeluargaan di mana perpisahan kedua ibubapa akan menghadapi satu stigma. Kesannya anak-anak yang tidak di didik oleh didikan daripada ibu dan bapa menjadi liar. Maka tidak mustahil anak-anak ini cuba mencarikan kebahagian di luar rumah. Contohnya dengan kawan-kawan.

5. Perkara ini amatlah penting untuk di amati semula dan semua pihak berperanan dalam memastikan tidak ada penubuhan sekolah sebegini di dalam negara kita. Janganlah kita semua di timpa azab Tuhan dengan menggalakkan perbuatan zina dan mengandung anak luar nikah. Sama-samalah kita musahabah diri kita dan keluarga kita.

Wassalam
zulkiplyjoharis@zulkiplyjoharis@gmail.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 6, 2010

SEKOLAH PELAJAR HAMIL- Fikirkan Semula Jika Hendak Melaksanakannya

Salam saudara/saudari,

1. Kerajaan negeri Melaka membuka sekolah pelajar hamil. Wow... Satu tindakan berani dan kesannya suatu masa nanti yakinlah bertambah teruk masalah di kalangan remaja.

2. Remaja yang mengandung luar nikah senanglah selepas ini kerana jika keluarga tidak menerima mereka. Sudah ada tempat yang sedia menerima mereka. Ada bagusnya pasal kemungkinan kita dapat mengurangkan kadar pembuangan bayi di kalangan remaja yang mengandung tanpa nikah.

3. Namun kesan jangka panjang pula, kita kuatir dengan adanya kemudahan dan jaminan sebegini, remaja akan lebih aktif soal sex. Mereka dah tak perlu bimbang ke mana hendak pergi jika perut dah bunting. Jika keluarga tidak mahu menerima kerana malu dan mencalar arang di muka ibubapa, maka semua tanggungjawab diserah terus kepada sekolah pelajar hamil ini.

4. Lepas itu, kadar kelahiran anak luar nikah tidak mustahil bertambah dari tahun ke tahun. Kesannya akan kita terima terutamanya laknat daripada Tuhan sebabnya tidak mencegah.

5. Rasanya perlulah dikaji semula cadangan ini. Ini bukannya menidakkan hak kaum wanita tetapi wujudkan rasa tanggungjawab dalam diri atas perbuatan yang telah dilakukan. Berfikir panjang dan mendalam sebab dan akibat yang bakal ditanggung selepas melakukan perbuatan tersebut.

6. Saya hanyalah menyuarakan pendapat saya berkenaan perkara ini dan inginkan pendapat orang lain mengenai perkara ini. Wajar kita meneliti perkara ini dengan mengadakan muzakarah dengan mufti-mufti serta para cendiakawan berkenaan cara dan kaedah terbaik menangani perkara ini. Ada kaedah yang terbaik dapat di hasilkan lahir daripada muzakarah dan perbincangan.

Wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 4, 2010

Sambal Nasi Lemak Dalam Daun Pisang

Salam saudara/saudari,

1. Doktrin 1Malaysia yg dibangga-banggakan tidak berjaya menyatupadukan masyarakat majmuk malaysia? Betul ke? Apa pun itulah khabar yang aku terima beberapa hari yang lepas melalui Twitter.

2. Tarikh melihat anak bulan Ramadhan ditetapkan pada 10 Oktober 2010. Mudah-mudahan 11 Oktober 2010 puasa. Tak sabar nak berpuasa dan harap puasa kali ini dapat dijalankan dengan baik dan bertambah baik daripada sebelumnya.

3. Buat kawan-kawan, berpuasa dirumah masing-masinglah kita. Sebelum ini, sahur dan berbuka bersama-sama di kampus. Rindu saat-saat itu. Bersahur dgn roti, maggie mee, kadang-kadang ja masak. Terlewat bangun sahur, semua dok tido mati, haha... Masa berbuka, sewa keta pergi bazaar ramadan. Beli itu-ini. Sampai kat rumah, atas meja penuh dengan lauk pauk, kuih macam-macam lagi. Aku lah yang membazir, beli macam-macam pastu tak habis. Rindu dengan nasi briyani puasa kali ini. Mana nak cari???

4. Bulan Ogos ini kepada mereka yang menyambut hari lahir, Selamat Hari Lahir. Semoga berjaya dalam segala bidang yang diceburi. Wish your birthday through FB yup. Nak bagi hadiah segala, aduiii tak dapat cuma doa yang dapat diberikan.

5. Sekarang tak aktif sangat online. Jadi online guna phone saja. Kadang-kadang saja online. Itu pun sekejap-sekejap saja. Apa pun jika ada sebarang pertanyaan, maklumat, perkongsian dan apa-apa saja email, FB, twitter dan sms saja. Apa yang saya boleh bantu, saya usahakan dan jika tak dapat pun say boleh syorkan jalan penyelesaian.

6. Itulah untuk edisi kali ini. Nak ucap SELAMAT BERPUASA kepada muslimin dan muslimat. Moga-moga puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Tak puasa, tak boleh raya haha...

Wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 3, 2010

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

1. Apa ya yang hendak dibual bicarakan untuk kali ini. Tak ada apa yang istimewa yang hak di ceritakan.

2. Huh... Guest what? Bulan Ramadan around the corner. Entah macam manalah puasa tahun ini. Sebelum ini, puasa bersama-sama kawan-kawan di kampus. Bangun sahur bersama-sama. Kadang-kadang masak bersama-sama. Time paling bestlah, bila sewa keta nak pergi bazar. Haha... Moment yang paling tak dapat dilupakan. Yang sorang nak beli itu, sorang pula beli yang ini. Bila di hidang, itu dia penuh atas meja.
3. Arm, Muammar, Mustakim, Palie, Kecik, Key dan member lain, puasa kali ini kita dah bersama-sama. Sedih doh... Bila terkenangkannya. Kalau rumah ko org dekat-dekat. Memang aku dtg setiap rumah haha... Harap kita berhubung guna sms je.... Sms surprice time nak berbuka huhu... Tahun lepas, kira kerap kali juga berbuka puasa dengan Nasi Briyani. Beli 2 bungkus, huh kenyang giler makan.

4. Bulan Ogos, nak wish Happy Birthdays to my friends who's celebrate it this month. Kalaulah kita masih bersama di kampus. Memang siaplah, pasal memang ada jamuan sambutan kat luar. May be, satu masa nanti kot kita semua dapat menyambut bersama-sama.

5.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.