Friday, July 30, 2010

Sorotan cerita dalam satu bungkus nasi lemak

salam sejahtera saudara/ri,

1. Dengar cerita pilihanraya negeri sarawak around the corner. Betul atau tidak, sama-samalah kita dengar, lihat-lihat, jeling-jeling samaada cerita-cerita nakal ini betul. Kalau betul, nasihat cuma satu, yang belum mendaftar sebagai pengundi. Daftarlah segera. Sama-sama kita wujudkan rasa tanggungjawab kita kepada negeri dan negara kita.

2. Kerja ohhh kerja dimanakah engkau hidden. Masih menunggu jawapan lagi. Haraplah rezeki dapat kerja yang telah di pohon itu. Nak sambung belajar lagi dan banyak lagi career development. Tak memilih pekerjaan kerana kita perlu bermula dari bawah walaupun kelulusan yang kita ada lebih daripada yang lain. Kalau orang yang faham mengenai apa itu career development, itulah matlamat yang perlu ditanam dalam diri. Kita nak buat satu pencapaian dalam kareer kita yang dapat memotivasikan diri kita untuk lebih komited dalam menjalankan tugas serta merancang pencapaian kita dalam kareer kita.

3. Banyak benda yang kita terlepas pandang dalam kehidupan ini. Ingat dengan diri sendiri, mengejar sesuatu sampai melalaikan diri tentang tanggungjawab kepada pencipta. Sebok mengejar dunia sehingga mengendahkan akhirat. Hanyut di buai oleh permainan dunia, mengejar duit dan segala-galanya. Mengabaikan solat dan ibadah kepada Nya. Jahil sungguh, hanyut jauh, jauh daripada Tuhan. Marilah kita kembali kepada Tuhan.

4. Bulan puasa around the corner. Manfaatkan bulan puasa ini dengan menjalankan ibadah puasa serta ibdah-ibadah yang dituntut oleh agama. Kita tidak tahu samaada ini lah ramadan terakhir buat kita. Oleh itu, jangan dipersiakan bonus yang Tuhan kurniakan kepada kita. Tanda Tuhan sayang kepada hambanya. Salam ramadan kepada semua. Selamat datang bulan yang penuh rahmat dan barakah: bulan Ramadan al-mubarak.

5. Bagi yang belum menggantikan puasa yang tak dibayar. Lakukan dalam masa yang terhad ini. Agar kita dapat melakukan ibadah puasa kali ini dengan penuh ikhlas khusus buat pencipta Allah SWT.

6. Terima kasih atas luangan masa dan kesabaran dalam membaca coloteh saya pada entry kali ini. Add saya dalam blog follower saudara/saudari utk kita saling bertukar-tukar idea tentang segala-galanya.

Salam ceria dan wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment