Monday, July 12, 2010

Nak introduce my new device: BlackBerry Curve 8520

Salam saudara/ri,

Entry kali ini tak tau apa yang nak diutarakan tetapi ada banyak juga perkara yang hangat diperkatakan terutamanya pasal bola yang baru habis. Banyak yang rasa tak puas hati, lebih-lebih lagi kecewa dengan pasaukan yang diharapkan untuk mara ke akhir tapi kecundang di pertengahan jalan.....
Bagi aku, ya memang rasa entahlah nak cakap macam mana tapi yang pasti bola dah habis. Lepas ini tak adelah alasan yang merepek-repek tak kembali menjalankan tugas-tugas harian kita dan yang lebih utama tidak lalai dan alpa terhadap Allah.... Bola boleh jadikan manusia itu lupa....ingat itu.

Nak khabar kan juga kat saudara/ri sekalian bahawa saya telah membeli device baharu yang sejak dahulu lagi saya idam-idamkan. Syukur Alhamdulillah tercapai juga hasrat itu untuk memiliki device/cell phone BlackBerry. Yang pasti bukanlah BlackBerry 9700 walaupun rasa di hati nak juga tetapi kekangan budjet hanya membolehkan saya hanya memiliki BlackBerry Curve 8520.



Hehe..... sungguh bersemangat nak bagi tau saudara/ri sekalian mengenai device terbaharu saya ini. Sebagai orang yang masih baharu dalam menggunakan device BlackBerry ini perlulah memulakan dengan menggunakan device yang simple ini untuk memasterkan diri menggunakan model yang lain yang nyata lebih hebat dan wow..... bila menggunakannya.

Sorry tak upload gambar sebenar aku punye BlackBerry Curve 8520, but will upload it coming soon yup.....

ok lah, ini sahaja cerita bosan dari aku

No comments:

Post a Comment