Friday, July 30, 2010

Sorotan cerita dalam satu bungkus nasi lemak

salam sejahtera saudara/ri,

1. Dengar cerita pilihanraya negeri sarawak around the corner. Betul atau tidak, sama-samalah kita dengar, lihat-lihat, jeling-jeling samaada cerita-cerita nakal ini betul. Kalau betul, nasihat cuma satu, yang belum mendaftar sebagai pengundi. Daftarlah segera. Sama-sama kita wujudkan rasa tanggungjawab kita kepada negeri dan negara kita.

2. Kerja ohhh kerja dimanakah engkau hidden. Masih menunggu jawapan lagi. Haraplah rezeki dapat kerja yang telah di pohon itu. Nak sambung belajar lagi dan banyak lagi career development. Tak memilih pekerjaan kerana kita perlu bermula dari bawah walaupun kelulusan yang kita ada lebih daripada yang lain. Kalau orang yang faham mengenai apa itu career development, itulah matlamat yang perlu ditanam dalam diri. Kita nak buat satu pencapaian dalam kareer kita yang dapat memotivasikan diri kita untuk lebih komited dalam menjalankan tugas serta merancang pencapaian kita dalam kareer kita.

3. Banyak benda yang kita terlepas pandang dalam kehidupan ini. Ingat dengan diri sendiri, mengejar sesuatu sampai melalaikan diri tentang tanggungjawab kepada pencipta. Sebok mengejar dunia sehingga mengendahkan akhirat. Hanyut di buai oleh permainan dunia, mengejar duit dan segala-galanya. Mengabaikan solat dan ibadah kepada Nya. Jahil sungguh, hanyut jauh, jauh daripada Tuhan. Marilah kita kembali kepada Tuhan.

4. Bulan puasa around the corner. Manfaatkan bulan puasa ini dengan menjalankan ibadah puasa serta ibdah-ibadah yang dituntut oleh agama. Kita tidak tahu samaada ini lah ramadan terakhir buat kita. Oleh itu, jangan dipersiakan bonus yang Tuhan kurniakan kepada kita. Tanda Tuhan sayang kepada hambanya. Salam ramadan kepada semua. Selamat datang bulan yang penuh rahmat dan barakah: bulan Ramadan al-mubarak.

5. Bagi yang belum menggantikan puasa yang tak dibayar. Lakukan dalam masa yang terhad ini. Agar kita dapat melakukan ibadah puasa kali ini dengan penuh ikhlas khusus buat pencipta Allah SWT.

6. Terima kasih atas luangan masa dan kesabaran dalam membaca coloteh saya pada entry kali ini. Add saya dalam blog follower saudara/saudari utk kita saling bertukar-tukar idea tentang segala-galanya.

Salam ceria dan wassalam
zulkiplyjoharis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 15, 2010

Tinggal Kenangan

Salam saudara/ri,

Setelah beberapa hari berada di kampung halaman...huh rasa rehat dan santai. Makan dan minum sudah ada di depan mata. Bak kata orang, bangun saja dah ada hidangan sarapan di depan mata. Semua Mak yang sediakan. Terima kasih Mak. Lama dah tak makan masakan mak, tu jadi mengidam dan manja hehe....

Hari rabu yang lepas hari jadi mak yang ke 45 tahun. Tak ada sambutan sangat cuma ucapan dan doa agar mak sentiasa sihat dan panjang umur yang mampu diucapkan. Mak terharu dapat ucapan selamat hari lahir dari anaknya ini. Terima kasih atas ucapan selamat hari lahir oleh saudara-mara serta kawan2.

Baru beberapa hari berada di kampung, rasa rindu sama kawan2 di kampus. Suasana kampus, aktiviti bersama2 kawan2 dan everything that involved friends. Terkenang time bersuka ria, keluar hang-out bersama2 dan banyak lagi lah kenangan manis itu. Apa pun, kalau kita diizinkan waktu dan masa untuk berjumpa lagi, harap kita semua dapat berjumpa semula. Remember my friends, please keep in touch each other. Jangan sampai lost contact.

Terkenang2 kawan2 (sambil dengar lagu Man Bai- Kau Ilhamku).... Sayu rasa hati mengenangkan kalian semua. You guys are the best people have I meet.

Wassalam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 12, 2010

Nak introduce my new device: BlackBerry Curve 8520

Salam saudara/ri,

Entry kali ini tak tau apa yang nak diutarakan tetapi ada banyak juga perkara yang hangat diperkatakan terutamanya pasal bola yang baru habis. Banyak yang rasa tak puas hati, lebih-lebih lagi kecewa dengan pasaukan yang diharapkan untuk mara ke akhir tapi kecundang di pertengahan jalan.....
Bagi aku, ya memang rasa entahlah nak cakap macam mana tapi yang pasti bola dah habis. Lepas ini tak adelah alasan yang merepek-repek tak kembali menjalankan tugas-tugas harian kita dan yang lebih utama tidak lalai dan alpa terhadap Allah.... Bola boleh jadikan manusia itu lupa....ingat itu.

Nak khabar kan juga kat saudara/ri sekalian bahawa saya telah membeli device baharu yang sejak dahulu lagi saya idam-idamkan. Syukur Alhamdulillah tercapai juga hasrat itu untuk memiliki device/cell phone BlackBerry. Yang pasti bukanlah BlackBerry 9700 walaupun rasa di hati nak juga tetapi kekangan budjet hanya membolehkan saya hanya memiliki BlackBerry Curve 8520.



Hehe..... sungguh bersemangat nak bagi tau saudara/ri sekalian mengenai device terbaharu saya ini. Sebagai orang yang masih baharu dalam menggunakan device BlackBerry ini perlulah memulakan dengan menggunakan device yang simple ini untuk memasterkan diri menggunakan model yang lain yang nyata lebih hebat dan wow..... bila menggunakannya.

Sorry tak upload gambar sebenar aku punye BlackBerry Curve 8520, but will upload it coming soon yup.....

ok lah, ini sahaja cerita bosan dari aku

Saturday, July 3, 2010

Testing Blackberry blog

For the first time Blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.